Pulau_Mabul
Pulau_Mabul

Pulau_Mabul

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau Sipadan.Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, nampak melengkung (pandangan dari atas) dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman (scuba diving). Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan.