Perjalanan Pulau_Mabul

Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang kecil dari Kota Kinabalu terus ke Lapangan Terbang Tawau. Dari jeti di Tawau, terdapat bot laju yang boleh disewa ke pulau Mabul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba ke destinasi tersebut. Harus diingatkan juga, perjalanan pergi dan balik bagi setiap pengunjung diwajibkan mempunyai permit lawatan dan trip perjalanan tidak boleh melebihi dari pukul 4 petang. Ini kerana, selepas pukul 4 petang, terdapat bot pintasan yang akan mengawasi perairan ini yang boleh menyebabkan kewarganegaraan seseorang boleh dipertikai antara negara Malaysia dan Filipina.