Pulau_Merambong
Pulau_Merambong

Pulau_Merambong

Pulau Merambong merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni terletak di perairan Selat Tebrau, sebelah Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pontian, Johor, Malaysia yang hanya memisahkan Sempadan Malaysia-Singapura dari arah barat. Pulau Merambong dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau.Pulau Merambong juga dikatakan antara lokasi yang amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah laluan perkapalan yang sibuk untuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), loji janakuasa Tanjung Bin dan Asia Petroleum Hub serta laluan ke kawasan industri Tuas di Singapura.Pulau Merambong yang tidak berpenghuni itu terletak berhampiran sempadan maritim Malaysia dan Singapura. Ia hanya terletak kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan bot dari Tuas, Singapura berbanding 30-45 minit dari Gelang Patah dengan 35 peratus kawasan pulau sahaja terdiri dari kawasan peruburan lama.[1]Sekitaran pulau ini juga terkenal sebagai kawasan rumput laut yang sesuai untuk makanan dan habitat dugong dan kuda laut, menjadikan terus kawasan ini sesuai dibangunkan sebagai tarikan pelancongan unik dinegara ini.Sememangnya kawasan ini terkenal dengan lokasi memancing kerana banyaknya ikan-ikan yang tinggi nilainya.