Pulau_Rusukan_Besar

Pulau Rusukan Besar' merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Rusukan Besar yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Rusukan Besar, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi.Pulau Rusukan Besar yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Rusukan Besar dan meneroka keindahan pantai dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang.Pengunjung ke Pulau Rusukan Besar bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet, dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi.