Pulau_Rusukan_Kecil

Pulau Rusukan Kecil' merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Rusukan Kecil yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Rusukan Kecil, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Rusukan Kecil yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Rusukan Kecil dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati suasana di yang sepi dan tenang.