Pulp_Fiction
Pulp_Fiction

Pulp_Fiction

Samuel L. JacksonFilem "Pulp Fiction" merupakan sebuah filem neo-noir jenayah dan komedi gelap Amerika keluaran tahun 1994 yang ditulis dan diarah oleh Quentin Tarantino, daripada cerita Tarantino dengan Roger Avary. Ia adalah filem Tarantino yang kedua dan adalah ikonik disebabkan kepelbagaian dialognya, campuran unsur kelucuan dan keganasan yang ironi, jalan cerita tanpa mengikut kronologi dan rujukan kepelbagaian unsur sinematik secara tidak langsung dan budaya pop. Filem tersebut telah dicalonkan untuk tujuh Anugerah Oscar, termasuklah filem terbaik; Tarantino dan Avary memenangi Skrin Filem Asal yang Terbaik. Ia juga menerima Anugerah Palme d'Or di Festival Filem Cannes tahun 1994. Selain mencapai kejayaan secara komersial dan kritikal, ia membantu menghidupkan semula kerjaya watak-watak utamanya yang menerima pencalonan Oscar, iaitu John Travolta, Samuel L. Jackson dan Uma Thurman. Diarah dengan penuh gaya, "Pulp Fiction" menyambung jalan cerita bersilang antara gangster Los Angeles, pemain simpanan, penjenayah-penjenayah sampingan dan satu beg misteri. Banyak masa telah ditumpukan kepada monolog dan perbualan kasual yang menonjolkan sifat lucu dan pandangan hidup karakter. Tajuk filem tersebut merujuk kepada majalah "picisan"/"pulp" dan novel jenayah yang popular pada pertengahan abad ke-20, yang terkenal dengan keganasan grafik dan dialog yang menarik. "Pulp Fiction" dengan jelasnya merujuk kepada definisi "pulp fiction" sendiri dari saat permulaan filem, yang menayangkan dua definisi kamus untuk perkataan "pulp". Plot filem, seperti filem Tarantino yang lain, ditayangkan dari luar urutan kronologi.

Pulp_Fiction

Bahasa Bahasa Inggeris
Pengarah Quentin Tarantino
Penerbit Lawrence Bender
Penulis Quentin Tarantino
Pecah panggung 213.9 Juta USD
Mula ditayangkan 1994
Tempoh tayangan 154 minit.
Dibintangi oleh John Travolta

Samuel L. Jackson

Uma Thurman
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Miramax Films
Perbelanjaan 8 - 8.5 Juta USD