Pusat_Kesiapsiagaan_dan_Tindak_Cepat_Krisis

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (Bahasa Inggeris: Crisis Preparedness and Response Centre) atau CPRC merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (2005 – 2010) sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan dalam kesediaan pengurusan yang berkesan bagi menghadapi bencana, wabak, krisis dan kecemasan (Disaster, Outbreak, Crisis, Emergency – DOCE) yang berkaitan dengan kesihatan[1][1]. Perasmian CPRC dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 7 Mei 2007. CPRC terletak di aras 6, Blok E10, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.Pada awal penubuhannya ia lebih berfungsi sebagai pusat kesiapsiagaan dan respon  untuk menangani wabak penyakit berjangkit dan bencana. Dengan perkembangan semasa, CPRC telah meluaskan aktivitnya kepada semua jenis dan kejadian yang melibatkan kesihatan awam seperti bencana alam, “mass casualty incident”, Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe), keganasan dan percubaan rampasan kuasa[1].