Pusat_Luncur_Laju_Nasional

Pusat Luncur Laju Nasional atau Bujur Luncur Laju Nasional (Cina: 国家速滑馆, Bahasa Inggeris: National Speed Skating Oval), juga dikenali sebagai "Reben Ais" (Cina: 冰丝带) merupakan arena luncur laju yang dibina di Olympic Green, Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Pusat ini telah menganjurkan pertandingan luncur laju semasa temasya tersebut.[3] Pusat ini dibina di atas tapak bekas Padang Olimpik Hoki yang menganjurkan acara hoki padang dan Padang Olimpik Memanah yang menganjurkan acara memanah ketika Sukan Olimpik 2008. Pusat ini merupakan satu-satunya bangunan baharu yang dibina untuk Sukan Olimpik 2022.[4]Pusat ini mempunyai 12,000 tempat duduk (6,800 sementara dan 5,200 tempat duduk kekal). Selepas temasya tersebut, pusat ini akan diubah kepada gelanggang luncur ais awam dan untuk kelab hoki ais.Direka oleh Populous dan Institut Reka Bentuk Seni Bina Beijing, pusat ini mula dibina pada tengah tahun 2017, dan disiapkan pada 2019.[5] Pertandingan pertamanya telah diadakan pada 8 Oktober 2021.[2] Pusat ini berluas 12,000 meter2 dan merupakan arena luncur laju terbesar di Asia. Mukanya diserlahkan oleh 22 "reben ais" yang masing-masing berpanjang 622 meter. Tingkat duanya mempunyai satu sistem dinding langsir berlengkung yang berilham Kuil Syurga. Pusat ini juga merupakan salah satu arena ais pertama yang menggunakan karbon dioksida sebagai penyejuk.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pusat_Luncur_Laju_Nasional http://www.beijing.gov.cn/ywdt/gzdt/202001/t202001... http://www.gov.cn/xinwen/2018-10/01/content_532731... http://www.gov.cn/xinwen/2020-01/12/content_546852... http://populous.com/news/2017/05/02/populous-desig... http://www.xinhuanet.com//politics/2017-04/26/c_12... http://www.xinhuanet.com/politics/2020-12/26/c_112... http://www.xinhuanet.com/politics/2021-01/22/c_112... http://www.xinhuanet.com/politics/2021-11/05/c_112... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Pusat... https://www.insidethegames.biz/articles/1083084/na...