Pusat_Pendidikan_Berterusan_Universiti_Malaya

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (Bahasa Inggeris: University of Malaya Centre for Continuing Education, dikenali secara kolektif sebagai UMCCed) ialah sebuah pusat akademik di dalam Universiti Malaya (UM).[1][2] Ditubuhkan pada 1998, UMCCed ialah sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program latihan dan pendidikan khusus untuk bekerja di peringkat Diploma Profesional dan Eksekutif, Sijil dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.[3][4] UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat universiti awam yang merintis perkhidmatan dan latihan kejurulatihan yang ditawarkan khusus kepada eksekutif, pegawai pentadbiran, usahawan, jurulatih serta perunding profesional sebagai kaedah yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai kecemerlangan organisasi. Selain itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta bertindak sebagai urusetia dan penganjur dalam pengurusan persidangan dan seminar untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.[5][6] Kelayakan yang ditawarkan oleh UMCCed tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).[7]

Pusat_Pendidikan_Berterusan_Universiti_Malaya

Rujukan

WikiPedia: Pusat_Pendidikan_Berterusan_Universiti_Malaya http://www.umcced.edu.my //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Pusat... https://www.theborneopost.com/2011/09/25/umcced-of... https://www.klik.com.my/item/story/171918/umcced-s... https://www.klik.com.my/item/story/3421729/umcced-... https://www.klik.com.my/item/story/4433340/umcced-... https://www.klik.com.my/item/story/4534851/weekend... https://www.klik.com.my/item/story/4592550/student... https://www.klik.com.my/item/story/4693913/umcced-... https://www.utusan.com.my/rencana/2020/10/pilihan-...