Pusat_Perlindungan_Hidupan_Liar_Krau

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Taman Negara, Pahang, Malaysia.Kuala Gandah menjadi tarikan pelancong kerana adanya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Ketua Unit Gajah pusat itu, Nasharuddin Othman menyatakan kebanyakan pelancong asing datang dari Australia, United Kingdom, New Zealand, Jepun dan Jerman. Pelancong berpeluang menunggang, memberi makan dan memandikan gajah di sungai.Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah berdekatan dengan Hutan Simpanan Hidupan Liar Krau. Jabatan Hidupan Liar dan dan Taman Negara menubuhkan pusat itu pada 1985. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala. [1]