Pushkin,_Alexander

Aleksandr Sergeyevich Pushkin (Bahasa Rusia: Алекса́ндр Серге́евич Пу́шкин, disebut [ɐlʲɪˈksandr sʲɪˈrɡʲejɪvʲɪtɕ ˈpuʂkʲɪn]  ( dengar)) (6 Jun [G.L.: 26 Mei] 179910 Februari [G.L.: 29 Januari] 1837) merupakan seorang pengarang Rusia pada zaman Romantisisme[1] yang dianggap oleh banyak orang sebagai penyajak teragung Rusia[2][3][4][5] dan pengasas sastera moden Rusia.[6][7]Penceburannya dalam bidang sastera semasa berusia 15 tahun, dan sudah pun mendapat pengiktirafan meluas golongan ahli sastera sewaktu beliau menjadi siswazah daripada Tsarskoye Selo Lyceum. Pushkin menulis drama termasyhurnya, drama Boris Godunov sewaktu berada di bawah pengawasan ketat polis politik Tsar, dan tidak mendapat kebenaran menerbitkan karya. Novel berbentuk puisinya, Eugene Onegin, ditulis secara bersiri antara tahun 1825 and 1832.Kematian Pushkin pada umur yang sungguh muda ketika berusia 37 tahun dianggap sebagai malapetaka bagi dunia kesusasteraan Rusia. Sasterawan Negara Malaysia, Usman Awang, menggelar Pushkin sebagai "bintang yang paling cemerlang sinarnya dari satu konstelasi penyair yang gilang gemilang".[8].

Pushkin,_Alexander

Pekerjaan Penyajak, novelis, penulis drama
Tandatangan
Kematian 10 Februari 1837(1837-02-10) (umur 37)
Saint Petersburg, Empayar Rusia
Info kelahiran (1799-06-06)6 Jun 1799
Moscow, Empayar Rusia