Kisah Putera_Tenis

Siri yang bertemakan sukan ini berlatarkan kota Tokyo, di mana watak utamanya, Ryoma Echizen memasuki sekolah menengah rendah Akademi Seishun (青春学園, Seishun Gakuen), singkatannya "Seigaku" (青学)) yang terkenal kerana kelab tenisnya yang mantap dan pemainnya yang berbakat. Namun, Ryoma menunjukkan kehebatannya dengan kemampuannya untuk menewaskan pemain tenis lama dengan pengalamannya merangkul kejuaraan pertandingan tenis junior di Amerika Syarikat sebanyak empat kali. Ryoma bergaul dengan sahabat barunya dan berkongsi taktik bermain tenis agar dapat membantu kelab tenis Seigaku menerajui pertandingan tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun.