William, Putera Wales[3][4] KG KT PC ADC (William Arthur Philip Louis; diputerakan 21 Jun 1982) ialah ahli keluarga diraja British dan
pewaris takhta British. Baginda ialah anak sulung kepada
Raja Charles III dan
Diana, Puteri Wales.Diputerakan di Hospital St Mary, London, William mendapat pendidikan di Wetherby School, Ludgrove School, dan Eton College. Baginda menghabiskan sebahagian daripada tahun jurang baginda di
Belize dan
Chile sebelum memperoleh ijazah Sarjana Sastera Scotland dalam
geografi di
Universiti St Andrews. William kemudian menjalani latihan di
Akademi Tentera Diraja Sandhurst sebelum berkhidmat dengan Blues dan Royals. Baginda menamatkan pengajian dari Kolej Tentera Udara Diraja Cranwell pada April 2008 dan menyertai
Angkatan Mencari dan Menyelamat RAF pada awal 2009. Baginda berkhidmat sebagai juruterbang sepenuh masa dengan Ambulans Udara Anglian Timur dari Julai 2015 selama dua tahun.Putera menjalankan tugas rasmi dan libat urus bagi pihak Raja.
[5] Baginda memegang naungan dengan lebih 30 organisasi amal dan ketenteraan, termasuk Tusk Trust, Centrepoint, dan Badan Amal Ambulans Udara London. Baginda menjalankan projek melalui Yayasan Diraja, dengan kerja amal baginda berkisar tentang kesihatan mental, pemuliharaan dan pekerja kecemasan. Pada Disember 2014, baginda mengasaskan inisiatif "Bersatu untuk Hidupan Liar", yang bertujuan untuk mengurangkan perdagangan hidupan liar haram di seluruh dunia. Pada April 2016, William dan isteri baginda termasuk
Putera Harry telah memulakan kempen kesedaran kesihatan mental "Heads Together" untuk menggalakkan orang ramai terbuka tentang isu kesihatan mental mereka. Pada Oktober 2020, William mencemar duli melancarkan Earthshot Prize, inisiatif £50 juta untuk memberi insentif kepada penyelesaian alam sekitar sepanjang dekad akan datang.Pada 2011, William menjadi Duke Cambridge sebelum perkahwinan baginda dengan
Catherine Middleton. William menjadi Duke Rothesay dan Duke Cornwall susulan ayahanda baginda,
Charles III, menaiki takhta pada 8 September 2022. Keesokan harinya, William dilantik menjadi
Putera Wales dan
Earl Chester, gelaran yang dikhaskan untuk pewaris seorang raja yang sedang memerintah. Catherine pula dijadikan
Puteri Wales.
[6] Pasangan itu mempunyai tiga anak:
Putera George,
Puteri Charlotte, dan
Putera Louis.