Putik_kapas
Putik_kapas

Putik_kapas

Putik kapas atau kapas kesat terdiri daripada gumpalan kapas yang dibalut pada sebelah atau kedua-dua belah hujung suatu batang pendek, selalunya dibuat daripada kayu, kertas gulung atau plastik. Ia boleh digunakan dalam pelbagai situasi seperti pertolongan cemas, pemakaian kosmetik, pembersihan, dan seni dan kraf. Walaupun para doktor telah lama menyatakan bahawa penggunaan putik kapas bagi membersihkan atau menggaru telinga tidak selamat, ia masih lagi sering digunakan untuk tujuan itu.[1][2][3]Putik kapas dicipta pada 1920-an oleh Leo Gerstenzang[4] apabila beliau melekatkan gumpalan kapas pada cungkil gigi.[5]