Pâtisserie

Pâtisserie (disebut [pa-tis-ri]) ialah sejenis kedai membuat roti Perancis yang mengkhusus dalam pembuatan pastri dan gula-gula. Di Perancis, ia suatu gelaran yang dikawal secara undang-undang yang hanya boleh digunakan kedai membuat roti tertentu yang menggaji seorang maître pâtissier (chef pastri unggul) yang berlesen.Di Perancis, pâtissier adalah seorang chef pastri yang telah tamat suatu proses latihan panjang, biasanya suatu perantisan, dan lulus suatu peperiksaan bertulis.[1] Sering didapati dalam perkongsian perniagaan dengan suatu boulangerie, pâtisserie adalah suatu pemandangan umum di pekan dan kampung di Perancis.Istilah pâtisserie juga merujukkan pada pastri dihasilkan oleh seorang pâtissier. Pastri dihasil besar-besaran kadang-kadang juga digelar pâtisserie.Di Australia, kata pâtisserie digunakan berbanding perkataan kedai membuat roti atau kedai pastri.