Falsafah Qibla_Cola

Poster iklan Qibla Cola.

Qibla Cola's mempunyai strategi pemasaran dan visi korporat yang cuba untuk memenuhi keinginan penggunaan bertanggungjawab. Mereka mendakwa menyediakan pilihan kepada pengemar kola yang risau akan kandungan serta etika kola yang disediakan kilang-kilang tempatan. Syarikat Qibla juga berjanji akan membuat sumbangan kemanusiaan hasil purata keuntungan.

Badan pengarah Qibla Company mengatakan nama "Qibla" adalah untuk menarik minat orang-orang Islam yang juga bermaksud kiblat/arah. Pihak Qibla Company turut menyebut yang produknya lebih terkenal di pasaran dunia Islam daripada tempat pelancarannya sendiri. Ini kerana produknya lebih terjamin kehalalannya.

Perkataan kiblat datang daripada perkataan Kiblat yang digunakan Muslim untuk bersolat iaitu ke Masjidil Haram yang terletak di Kota Suci Mekah.

Tambahannya lagi, perkataan Qibla dikatakan berasal daripada nama keluarga salah satu daripada penciptanya kerana ia merupakan anagram untuk Iqbal.

Selain berperisa kola, terdapat juga perisa lain iaitu:

  • Qibla Mango
  • Qibla Guava
  • Qibla Fantasy (oren)
  • Qibla 5 (lemon-limau)
  • Qibla Water (air mineral)

Pesaing kuat bagi Qibla Cola ialah Zam Zam Cola yang terletak di Iran selain Coca-Cola dan Pepsi Cola yang berada di Amerika Syarikat.