Sejarah Quidditch

Permainan penyapu muncul apabila penyapu terbang mula dikembangkan untuk membolehkan penerbang melakukan belokan tajam dan mempelbagaikan ketinggian dan laju. Lukisan sihir awal menunjukkan bagaimana sukan penyapu bermula.

Perlumbaan penyapu tahunan yang diraikan di Sweden bertarikh abad ke-10. Peserta dari Kopparberg ke Arjeplog, jarak yang lebih 300 batu. Landasan lumbanya melalui penempatan naga dan trofi besar dibentuk seperti naga Muncung-Pendek Sweden diberi. Kini, ia adalah pertandingan antarabangsa.

Lukisan terkenal Günther der Gewalttätige ist der Gewinner ("Gunther yang Ganas Ialah Pemenang"), bertarikh 1105, menunjukkkan orang Jerman zaman dahulu memainkan permainan Stitchstock. Pola dua puluh kaki diletakkan kantung naga yang mengembung. Seorang pemain di atas penyapu ditanggungjawabkan untuk menjaga kantung tersebut. Penjaga kantung itu diikat di pola tersebut dengan tali di keliling pinggang, maka dia tidak boleh terbang lebih sepuluh kaki dari tempat itu. Pemain lain akan mengambil giliran untuk terbang menghampipri kantung tersebutu untuk dibocorkan dengan hujung penyapu yang ditajamkan. Penjaga kantung dibenarkan membawa tongkat sakti untuk menghalang serangan itu. Permainan tamat apabil kantung benar-benar habis dibocorkan, atau penjaga kantung berjaya menjampi semua pihak penyerang.

Telah dicadangkan yang nama "Quidditch" diterbitkan dari nama bola Quaffle, Bludger dan Snitch, walaupun, dalam cerita, permainan tersebubt dinamakan sempena Queerditch Marsh, iaitu ketika versi terawal permainan dimainkan pada kurun kesebelas.

Menurut buku, Quidditch bermula dengan permainan berasaskan penyapu yang mudah, dengan pemain menghantar bola kulit, Quaffle, untuk cuba memasukkannya ke dalam gol di hujung padang. Kemudian, Bludger ditambah dengan batu yang dijampi, mungkin dipengaruhi permainan Scotland yang berisiko tinggi iaitu Creaothceann, yang pemainnya cuba menangkap batu yang jatuh dengan belanga yang diletakkan pada kepala mereka.

Penambahan Snitch Emas timbul daripada sukan sihir awal, yang ahli sihir perlu menangkap Snidget Emas, burung sihir yang pantas bergerak. Pada 1269, Ketua Majlis Penyihir, Barberous Bragge, melepaskan Snidget Emas yang menawarkan 150 galleon (bersamaan lebih sejuta Galleon kini) kepada pemain yang menangkap burung tersebut. Nilai 150 mata kemudian ditambah kepada burung tersebut, dan lama kelamaan Snidget Emas digantikan dengan bola sihir (dicipta oleh Bowman Wright) apabila burung tersebut menjadi sepsis terancam. Terdapat 700 cara untuk membuat faul dalam Quidditch, yang semuanya dilakukan dalam Piala Dunia pada 1473.

Quodpot, berbeza dengan Quidditch, popular di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.