RMS Baltic merupakan
kapal laut kepunyaan syarikat
White Star Line yang berlayar dari 1904 ke 1933. Berat yang mencecah sehingga 23,876 tan kasar, kapal ini merupakan kapal yang terbesar di dunia sehingga tahun 1905. Kapal ini merupakan kapal ke tiga dari empat buah kapal yang menganggarkan berat 20,000 tan kasar, digelar
The Big Four (termasuklah
RMS Celtic,
Cedric, and
Adriatic).Kapal ini dilancarkan pada 21 November 1903 oleh syarikat
Harland and Wolff di
Belfast dan berlayar dari
Liverpool pada pelayaran sulungnya ke
New York pada 29 Jun 1904 diketuai oleh Kapten
Edward Smith.Pada 23 Januari 1909 (diketuai oleh
J. B. Ranson), kapal ini juga telah menyelamatkan mangsa kejadian kapal berlanggar pada kabus tebal antara kapal penumpang
White Star Line iaitu
RMS Republic dan juga
SS Florida berhampiran utara pantai timur
Amerika Syarikat, yang menyebabkan kapal penumpang Republic tenggelam.Pada 14 April 1912, kapal Baltic ini menghantar amaran bongkah ais kepada kapal
RMS Titanic yang berbunyi : "Greek steamer Athenia reports passing icebergs and large quantities of field ice today in latitude 41° 51' N, longitude 49° 52' W. Wish you and Titanic all success. Commander."
[1]Kapal ini juga terlibat dengan operasi menyelamat pada 6 December 1929, apabila kapal ini membantu kapal schooner Northern Light yang tenggelam.Pada 17 Februari 1933, kapal ini belayar ke
Osaka,
Jepun dimana kapal ini akan dilupuskan.