Tujuan Radio_amatur

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein (JY1A) dari Jordan, Raja Bumibol Adulyadej(HS1A)dari Thailand, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater (K7UGA) dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.