Undang-undang Radio_amatur

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W atau disebut sebagai Nine-Whiskey manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M atau Nine-Mike diikuti dengan Call Area "2" - Semenanjung, "6" - Sabah dan "8" - Sarawak' dan tambahan gabungan dua atau tiga aksara bagi mewakili seseorang operator radio amatur. Contoh callsign yang lengkap seperti berikutĀ : 9M2PJU & 9W2WTF (Semenanjung), 9M6TMT & 9W6BOY (Sabah), 9M8DB & 9W8PRO (Sarawak). 'Callsign' tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.

Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.

Senarai Julat Frekuensi, Kuasa dan Kelas Pancaran Bagi Lesen Kelas A[1]
KategoriJulat Frekuensi (Mhz)Kuasa Maksimum (Watts PEP)Jenis Pancaran
MF1.800-2.000251A, A2A
HF3.500-3.900400A3E, R3E, J3E, F1A, F2A dan F3E
7.000-7.100
10.100-10.150
14.000-14.350
18.068-18.168
21.000-21.450
24.890-24.990
28.000-29.700
VHF50.000-54.00050
144.000-148.000A1A, A2A, A3E dan F1A
145.800-146.000F2A, J3E, R3E dan F3E
UHF430.000-440.000F3E dan F1W
1,240.000-1,300.000A1A dan A2A
2,300.000-2,450.000A3E dan R3E
SHF3,300.000-3,500.000
5,650.000-5,850.000
10,000.000-10,500.000J3E dan F1
24,000.000-24,050.000A3C dan C3F
EHF47,000.000-47,200.000J3E dan F1
75,500.000-81,000.000A3C dan C3F
241,000.000-250,000.00025
Senarai Julat Frekuensi, Kuasa dan Kelas Pancaran Bagi Lesen Kelas B[1]
KategoriJulat Frekuensi (Mhz)Kuasa Maksimum (Watts PEP)Jenis Pancaran
HF7.000-7.200[2]50
28.000-29.700A3E, F1A, F2A, F3E, J3E dan R3E
VHF144.000-148.000
UHF430.000-440.000


Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.

Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diiktiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amatur di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union.

IARU hanya mengiktiraf satu persatuan radio amatur bagi sesebuah negara. Pada ketika ini di Malaysia, persatuan radio amatur diwakili oleh MARTS yang merupakan persatuan yang mewakili semua operator-operator radio amatur berlesen.