Raheem_Sterling
Raheem_Sterling

Raheem_Sterling

† Kemunculan (Gol).
Raheem Shaquille Sterling (lahir 8 Disember 1994) merupakan seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah untuk Manchester City dan pasukan kebangsaan England. Dia menerima anugerah Golden Boy untuk tahun 2014 daripada panel wartawan sukan pan-Eropah, mengiktirafnya sebagai pemain bawah-21 terbaik yang bermain di Eropah. Kajian profesional 2015 oleh Soccerex meletakkannya sebagai pemain muda paling berharga di Eropah, dengan nilai €49 juta.[4][5]Dilahirkan di Jamaica, Sterling berpindah ke London ketika berumur tujuh tahun dan memulakan kariernya bersama Queens Park Rangers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2010. Pada bulan Julai 2015, berikutan pertikaian yang panjang tentang kontrak baru, dia ditandatangani oleh Manchester City dengan perpindahan berpotensi bernilai £49 juta, perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris.Dia mewakili England di peringkat bawah-16, bawah-17 dan bawah-21 sebelum bermain dengan pasukan senior kebangsaan pada bulan November 2012 dan beraksi ketika Piala Dunia FIFA 2014.