Penglibatan Rahmah_Rahmat

Rahmah didedahkan kepada dunia filem sebelum beliau berusia sepuluh tahun. Ibu beliau tinggal di Boon Teck Road, iaitu penempatan bagi pelakon serta karyawan MFP. Rahmah yang tinggal dengan ibu beliau setelah ibu bapa beliau bercerai, sentiasa bergaul dengan orang filem pada setiap masa. Seawal umur tujuh tahun Rahmah sudah berdepan dengan kamera.Filem pertama Beliau adalah Filem Sangsara (1953) sebagai pelakon kanak-kanak.Didalam Filem ini,beliau memegang watak sebagai Seniwati Normadiah semasa kecil.Pada ketika itu juga,usianya baru mencecah 10 Tahun.

Beliau bukan sahaja boleh berlakon malah menyanyi dan menari. Antara lagu yang pernah dinyanyikan beliau adalah Lagu Tanda Kasih berduet bersama seniman Ahmad Mahmud serta lagu Lagu Selendang Sayang. Watak Rahmah Rahmat terkenal di dalam filem Nujum Pa' Belalang apabila beliau memegang watak sebagai Ketua penari dan menyanyikan lagu Ketipang Payung suara asal nyanyian Saloma di dalam Filem tersebut . Seterusnya, kemunculanya di dalam filem Musang Berjanggut pula adalah pada babak memainkan permainan Nenek sibongkok tiga bersama seniwati Saadiah . Antara lagu beliau yang lain adalah seperti Pahlawan Pesaka dalam filem Lela Manja 1960, Jangan Tinggi Diri, Temasya Berdendang dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menjadi pelakon tambahan dan pelakon pembantu dizaman era Jalan Ampas.Walaubagaimanapun,Beliau membawa watak jahat dengan bergitu berkesan didalam Filem Dandan Setia, Megat Terawis , Filem Sri Tanjung dan Filem Gerak Kilat.Sementara itu beliau juga berjaya membawa watak sebagai isteri yang curang didalam Filem Gerhana .[1]

Pada zaman remaja beliau, Rahmah banyak terbabit dalam bidang tarian. Beliau menjadi penari latar untuk kebanyakan filem terbitan MFP sekitar tahun 1950-an. Beliau memang berkemahiran dalam bidang tarian selain boleh menyanyi dengan baik. Menjelang tahun 1960-an barulah Rahmah mendapat peluang berlakon. Itupun untuk peranan pembantu atau sampingan. Rahmah agak kesal juga kerana tidak ada pengarah filem yang mahu memberi beliau peluang memegang peranan penting seperti rakan sekerja yang juga kawan baik beliau, Hashimah Yon .

Peluang yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh Rahmah Rahmat untuk menjadi heroin hampir tiba pada tahun 1959. P. Ramlee ingin mengetengahkan beliau sebagai heroin dalam filem, Pendekar Bujang Lapok. Walau bagaimanapun, Rahmah dikehendaki menjalani uji bakat di depan kamera. Dalam uji bakat tersebut, Rahmah bersaing dengan dua calon lain, iaitu Siti Hawa Majid dan Rosnah Rose Yatimah, kawan rapat beliau di Boon Teck Road. Secara logik, Rahmah mempunyai harapan yang paling besar untuk lulus uji bakat kerana memiliki pengalaman berlakon. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila P. Ramlee memilih Rose Yatimah memegang peranan heroin dalam Pendekar Bujang Lapok.

Diantara ramai pengarah yang berada di Industri perfileman Melayu,hanya Datuk Jamil Sulong dan Seniman Nordin Ahmad sahaja yang mengambil beliau berlakon didalam filem mereka dengan memegang watak utama,watak utama ke-2 dan pelakon pembantu.