Rahmah binti Abdul Rahmat atau lebih dikenali sebagai
Rahmah Rahmat adalah salah seorang seniwati
filem etnik Melayu. Rahmah Rahmat dilahirkan di
Singapura pada tahun 1943.Ibu bapanya adalah orang seni yang terkenal . Beliau adalah anak kepada seniwati
Saamah.Bapanya
Rahmat Ali seorang peniup Trompet dan pemuzik profesional . Bapanya pernah muncul di dalam
Filem Ibu (1953) sebagai pemain trompet dan pancaragam di dalam filem tersebut . Saamah, terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Ibunya seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan ibunya pernah berlakon di dalam filem
Bujang Lapok (1957) apabila ibunya memegang watak sebagai ibu kepada seniman Arwahyarham
S. Shamsuddin di dalam filem tersebut . Ibunya ialah pelakon pembantu terkenal di Studio
Jalan Ampas dan studio
Cathay Keris . Abangnya Rahman juga pernah menjadi pelakon kanak - kanak di zaman kegemilangan
Jalan Ampas . Filem lakonan abangnya ialah
Filem Sangsara (1953) berlakon bersama Rahmah dan
Filem Panggilan Pulau {1954) serta
Filem Hang Tuah (1956) Rahman memegang watak Hang Tuah semasa Remaja/kanak - kanak. Adiknya pula menjadi pelakon pembantu dan penyanyi di dalam
Filem Batu Durhaka (1962).Beliau Pernah menjadi anak tiri kepada Arwahyarhamah Seniwati
Latifah Omar apabila Ayahnya menikahi Latiffah Omar . Jarak umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh . Walau Bagaimanapun, Perkahwinan di antara ayanhnya dan Latifah Omar berakhir dengan penceraian.