Ramires
Ramires

Ramires

† Kemunculan (Gol).
Ramires Santos do Nascimento (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʁaˈmiɾes ˈsɐ̃tus du nasiˈmẽtu]) (lahir 24 Mac 1987), ataupun lebih dikenali sebagai Ramires, merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain di kelab Inggeris Chelsea dan untuk pasukan kebangsaan Brazil. Beliau bermain di posisi pemani tengah atau posisi di sebelah kanan. Ramires memulakan kerjayanya ketika bersama Royal Sport Club. Pada 2005, beliau menandatangani bersama kelab Joinville sebelum menyertai Cruzeiro di mana Ramires menghabiskan masanya di sana selama dua musim. Ramires membuat 61 pemunculan dalam perlawanan liga dan 10 kali menjaringkan gol. Pada 2009, Ramires berpindah ke Portugal untuk menandatangani bersama kelab sensasi Portugal, Benfica dari Cruzeiro. Beliau menghabiskan selama satu musim bersama Benfica dengan membantu pasukannya memenangi gelaran Primeira Liga. Beliau kemudian menyetai kelab Inggeris, Chelsea pada musim panas 2010 dalam kontrak selama empat tahun. Beliau membuat debut bersama Chelsea ketika menang 2-0 ke atas Stoke City pada lewat Ogos 2010 dan menjaringkan gol pertamanya ketika menang 4-0 ke atas Bolton Wanderers.Ramires merupakan pemain bola sepak antarabangsa Brazil, beliau membuat debut bersama Brazil pada 6 Jun 2010 dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Uruguay. Beliau juga sebahagian pasukan Brazil yang mememangi Piala Konfederasi FIFA 2009 dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Beliau telah bersama Brazil dalam dua Piala Dunia dan Copa América 2011.

Rujukan

WikiPedia: Ramires http://www.cbf.com.br/sitenoticias/_98061505200952... http://www.diariodovale.com.br/noticias/0,7737.htm... http://www.estadao.com.br/noticias/esportes,cruzei... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2121... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2320... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2539... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2634... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2767... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2817... http://www.chelseafc.com/news-article/article/3577...