Kerjaya Ramli_M._S.

Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS yang dilahirkan pada tahun 1959 ialah seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga. Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.