Sumbangan Ramon_Navaratnam

Ramon telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Kerjayanya selama 30 tahun dalam sektor awam dan 15 tahun dalam perbankan dan perniagaan membolehkannya memberikan kedua-dua sudut pandangan yang luas serta juga pandangan orang dalam terhadap amalan pengurusan bagi sektor-sektor tersebut.

Kerja Ramon dalam kerajaan telah menyebabkan beliau terlibat dalam pembangunan awal kerjasama Commonwealth Consultative Group for Technology Management (CCGTM: Kumpulan Perundingan Komanwel untuk Pengurusan Teknologi) di Malaysia. Salah satu pencapaian kerjasama tersebut ialah pengasasan Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT: Kumpulan Industri Malaysia - Kerajaan untuk Teknologi Tinggi), berdasarkan "proses tinjauan", dengan Ramon masih merupakan pengarahnya.

Ramon juga memainkan peranan yang bernilai dan dihargai kerana menyumbangkan banyak langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik. Beliau juga membuat sumbangan yang penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia daripada krisis kewangan pada 1997.

Pada 12 November 2008, Ramon memberi ucapan dalam The OXCEL Business Conference: Success During Crisis (Persidangan Perniagaan OXCEL: Kejayaan Semasa Dalam Krisis) tentang pandangannya terhadap Economic Outlook: What it means for you and me (Pandangan Ekonomi: Apakah ia bererti kepada anda dan saya) di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara. Persidangan itu dianjurkan bersama-sama oleh The Oxford Centre for Leadership (OXCEL: Pusat Oxford untuk Kepimpinan) dan Institut Bank-Bank Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi isu politik, ekonomi, dan kewangan yang menimpa ekonomi Malaysia. Selain itu, Ramon juga merupakan penyumbang tetap kepada media.