Kerjaya Ramona_Zamzam

Pada tahun 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. 4 tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi lakonan Rosyam Nor, Liyana Jasmay dan Erra Fazira.[2]

Pada tahun 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima.[2] Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[8]

Ramona memegang watak sebagai Nadia, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[9]

Rujukan

WikiPedia: Ramona_Zamzam http://www.azhan.co/biodata-ramona-zamzam-pelakon-... http://www.gempak.com/artikel/8013/ivanna-alashkar... http://www.gempak.com/artikel/8808/ramona-zamzam-t... http://www.imdb.com/name/nm5491113/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kalau-saya-g... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/ramona-... https://www.facebook.com/ramonazofficial https://www.instagram.com/ramona_zamzam2019/