Rampasan_Air_France_1976
Rampasan_Air_France_1976

Rampasan_Air_France_1976

Operasi Entebbe, juga dikenali sebagai Peristiwa Entebbe dan kadangkala disebut sebagai Serangan Entebbe, merupakan satu misi menyelamat yang dilakukan oleh Sayeret Matkal (pasukan khas elit Israel) untuk membebaskan para tebusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda. Ia berlaku pada malam 3 Julai dan awal pagi 4 Julai, 1976. Ia telah dirancang secara rahsia dan dilakukan menentang kerajaan Uganda, yang mana ketuanya Idi Amin menyokong perampasan tersebut. Dalam kejadian ini, seorang askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan telah terbunuh, manakala 100 orang tebusan telah berjaya dibebaskan. Operasi ini dikenali juga sebagai Operasi Thunderbolt (atau Operasi Thunderball) oleh perancang ketenteraan Israel yang mana telah merancang dan melaksanakan operasi ini. Ia juga dinamakan semula sebagai Operasi Yonatan sebagai memperingati komander serangan berkenaan, Kolonel Yonatan "Yoni" Netanyahu, satu-satunya askar Israel yang terbunuh dalam serangan ini dan merupakan abang kepada Benjamin Netanyahu, yang kemudiannya telah menjadi Perdana Menteri Israel.