Analisis Rampasan_Air_France_1976

Bahagian ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila memperbaikinya dengan mengesahkan dakwaan yang dibuat dan menambah rujukan. Kenyataan yang mengandungi penyelidikan asli sahaja patut dikeluarkan. (Jun 2007)

Salah satu sebab mengapa serbuan dapat dapat dirancang dengan jayanya kerana banggunan di mana tebusan ditahan dibina oleh firma senibina milik rakyat Israel.Firma-firma Israel kerap terlibat dengan projek pembinaan di Afrika ketika 1960-an dan 1970-an. Firma yang membina terminal lapangan terbang tersebut masih menyimpan cetakan biru, dan telah membekalkannya kepada kerajaan Israel.Namun, yang lebih penting adalah Mossad (Badan Perisikan Israel) telah melakar gambaran yang tepat mengenai tempat tebusan ditahan, bilangan penculik dan penglibatan tentera Uganda melalui maklumat yang diperolehi dari tebusan yang dibebaskan di Paris.

Ketika merancang operasi ketenteraan, tentera Israel telah mereka replika sebahagian dari bangunan lapangan terbang dibantu oleh beberapa rakyat Israel yang telah membantu pembinaan terminal lapangan terbang. Telah diakui oleh penyelidik bahawa selepas tiba di kem tentera untuk memulakan kerja rekaan replika bangunan (sebelumnya mereka tidak mengetahui apa yang mereka perlu lakukan), para kontraktor Israel telah dijemput untuk makan malam bersama dengan komander kem tersebut. Ketika makan malam, mereka dimaklumkan bahawa apabila selesai pembinaan replika, untuk kepentingan keselamatan negara, mereka akan ditahan sebagai tetamu kepada tentera dalam beberapa hari. Ketika ini, operasi pada tahap keselamatan yang tinggi dikekalkan.

Berdasarkan temuramah Associated Press pada 4 Julai, 2006, dengan penganjur serbuan Mookie Betzer, pegawai operasi Mossad secara meluas menemuramah tebusan yang dilepaskan. Dan hasilnya, terdapat sumber maklumat merupakan penumpang, Yahudi Perancis yang telah dilepaskan secara silap bersama dengan tebusan bukan Yahudi. Betzer melaporkan bahawa lelaki tersebut pernah menjalani latihan ketenteraan dan mempunyai daya ingatan luar biasa, membenarkan beliau memberi maklumat mengenai bilangan dan senjata penculik, bersama dengan maklumat-maklumat penting yang lain.

Pada minggu sebelum serbuan, Israel telah mencuba beberapa pendekatan politik untuk membebaskan tebusan-tebusan tersebut. Banyak sumber menunjukkan bahawa kabinet Israel telah bersedia untuk membebaskan penduduk Palestin dari tahanan sekiranya pendekatan ketenteraan menemui kegagalan. Seorang pegawai tentera dari Pasukan Pertahanan Israel, Baruch 'Burka' Bar-Lev, telah beberapa tahun mengenali Idi Amin dan dikira mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengannya. Atas permintaan kabinet beliau telah bercakap dengan Amin banyak kali melalui telefon, mencuba untuk mendapatkan kebebasan untuk para tebusan tapi tidak berjaya.

Berkaitan