Rampasan Rampasan_Air_France_1976

Pada 27 Jun, 1976, pesawat Airbus A300 Penerbangan 139 Air France yang membawa 248 penumpang dan 12 anak kapal, yang bermula dari Tel Aviv, telah singgah di Athens sebelum menuju ke Paris. Selepas 12:30 p.m., penerbangan itu telah dirampas oleh dua orang Palestin daripada Barisan Popular Pembebasan Palestin - Operasi Luar (PFLP-EO) dan dua orang Jerman daripada "Revolutionary Cells (RZ)", (Wilfried Böse dan Brigitte Kuhlmann) telah mengetuai penerbangan tersebut, mengalihkannya ke Benghazi, Libya. Dari situ, ia telah bertahan selama tujuh jam untuk mengisi semula minyak, semasa itu seorang perempuan yang berpura-pura mengandung telah dibebaskan.[1] Kapal terbang berkenaan telah berlepas dari Benghazi dan pada 3:15 ia sampai di Lapangan Terbang Entebbe (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe) di Uganda.

Di Entebbe, empat orang penculik itu telah diiringi oleh tiga orang gerila tambahan, yang disokong oleh pasukan pro-Palestin Presiden Uganda, Idi Amin. Perampas-perampas itu diketuai oleh Böse (dan bukannya, seperti yang biasanya dilaporkan, oleh Ilich Ramírez Sánchez a.k.a. Carlos the Jackal). Mereka menuntut pembebasan 40 orang Palestin yang ditahan di Israel dan 13 orang tahanan lain yang dipenjarakan di Kenya, Perancis, Switzerland dan Jerman – dan jika tuntutan-tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mengugut untuk mula membunuh tawanan-tawanan itu pada 1 Julai, 1976.

Perampas-perampas itu menahan penumpang-penumpang sebagai tebusan di dewan transit Lapangan Terbang Entebbe (sekarang adalah terminal lama), dan melepaskan sebilangan besar tebusan, menahan hanya orang-orang Israel dan Yahudi, yang mana mereka mengugut untuk membunuh sekiranya Israel tidak memenuhi tuntutan mereka.

Sebaik pengumuman oleh perampas-perampas bahawa krew pesawat dan para penumpang bukan Israel/Yahudi akan dibebaskan dan akan diletakkan di dalam pesawat Air France yang lain yang telah diterbangkan ke Entebbe bagi tujuan tersebut, Kapten Penerbangan 139 Michel Bacos memberitahu para perampas bahawa semua penumpang termasuk seorang lagi yang masih ada, adalah di bawah tanggungjawabnya dan beliau tidak akan meninggalkan mereka. Seluruh krew Bacos menurutinya. Seorang biarawati Kristian warga Perancis turut enggan dan menuntut agar seorang tawanan menggantikan tempatnya, namun beliau dipaksa menaiki kapal terbang Air France yang disediakan oleh askar Uganda.[2] Kesemua 83 tebusan warga Israel/Yahudi dan 20 yang lain yang hampir kesemuanya ialah krew kapal Air France masih dalam tawanan.