Rampasan_kuasa_tentera_Thailand_2014

Rampasan kuasa tentera Thailand 2014 berlaku pada 22 Mei 2014 pimpinan Panglima Angkatan Tentera Thailand , Jeneral Prayuth Chan-ocha dari Angkatan Tentera Diraja Thai ekoran Krisis politik Thailand yang berlanjutan lebih 6 bulan. Penyokong antikerajaan diketuai Suthep Thaugsuban menjalankan demonstrasi hampir setiap hari kerana membantah Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra . Suthep Thaugsuban merupakan pemimpin anti kerajaan , bekas Timbalan Perdana Mentera Thailand dan dari Parti Demokrat. Kebanyakan penyokong beliau adalah golongan miskin, luar bandar dan pertengahan di bandar. Mereka menuntut kerajaan Pheu Thai dibubarkan dan pentadbiran interim dilantik untuk menyelia reformasi politik.Kabinet Yingluck terpaksa bersidang di lokasi yang dirahsiakan semata-mata untuk mengelak diserang penunjuk perasaan antikerajaan. Kuasa Yingluck semakin terhad selepas beliau membubarkan Parlimen Thailand pada Disember 2013. Sebelum itu, mahkamah memutuskan Yingluck didapati bersalah atas tuduhan rasuah, membeli undi untuk Parti Pheu Thai dan hendaklah meletak jawatan . Penyokong Yingluck sejak era Thaksin Shinawatra memakai baju warna merah. Kebanyakan mereka dari utara Thailand. Mereka sentiasa menyokong dasar-dasar Pheu Thai . Pemimpin baju merah, Jatuporn Prompan tidak bertolak ansur dengan rampasan kuasa tentera dan pertempuran tidak dapat dielakkan.