Ciri-ciri Rangkaian_komputer

Rangkaian komputer:

Memudahkan perhubungan Penggunaan rangkaian membolehkan perhubungan secara efisen dan mudah melalui surat eletronik, perutusan segera, bilik borak, telefon, panggilan telefon video, dan sidang video.Membenarkan perkongsian fail, data, dan maklumat jenis lainDalam persekitaran jaringan, pengguna dibenarkan mampu mencapai data dan maklumat tersimpan pada komputer lain dalam rangkaian. Keupayaan memberikan capaian pada data dan maklumat di peranti simpanan berkongsi merupakan ciri penting kebanyakan jaringan.Berkongsi sumber jaringan dan komputerDalam persekitaran jaringan, setiap komputer dalam rangkaian mampu mencapai dan menggunakan sumber diberikan oleh peranti dalam rangkaian, seperti mencetak dokumen pada pencetak jaringan dikongsi. Pekomputeran taburan menggunakan sumber komputer dalam rangkaian bagi melaksanakan sesuatu tugasan.Mungkin tidak selamatRangkaian komputer mungkin boleh digunakan oleh penggodam komputer untuk menyebar virus atau cecacing komputer pada peranti yang disambung pada jaringan atau menghalang peranti ini daripada mencapai jaringan secara normal (serangan penafian perkhidmatan).Mungkin mengganggu teknologi lainTalian kuasa perhubungan menganggu dengan kuat bentuk perhubungan radio tertentu, contohnya radio amatur.[4] Ia juga mungkin mengganggu dengan teknologi langkah terakhir ("last mile") seperti ADSL dan VDSL.[5]Mungkin lebih sukar untuk disediakanJaringan komputer rumit mungkin sukar untuk disediakan. Ia juga mungkin amat mahal bagi memasang jaringan komputer efektif dalam organisasi atau syarikat besar.

Rujukan

WikiPedia: Rangkaian_komputer http://compnetworking.about.com/od/basicnetworking... http://www.ciscopress.com/articles/article.asp?p=3... http://books.google.com/?id=Hu5SAAAAMAAJ&dq=intitl... http://books.google.com/books?id=P9wbSjO9WMMC&pg=P... http://www.engineer.ucla.edu/stories/2004/Internet... http://www.cs.washington.edu/homes/lazowska/cra/ne... http://nsgn.net/osi_reference_model/ http://web.archive.org/web/20080308120314/http://w... http://www.arrl.org/broadband-over-powerline-bpl http://www.netfilter.org/documentation/HOWTO/netwo...