Rashida_Tlaib
Rashida_Tlaib

Rashida_Tlaib

Rashida Harbi Tlaib (Bahasa Arab: رشيدة حربي طليب‎ born 24 Julai 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai wakil negeri Michigan dalam Parti Demokrat Amerika Syarikat sejak 2019.[1]Beliau merupakan orang keturunan Palestin pertama serta salah seorang dari dua Muslimah (selain Ilhan Omar dari Minnesota) menganggotai Kongres Amerika Syarikat sejak pelantikan beliau pada 2018.[2][3][4] Beliau dan Ilhan serta Alexandria Ocasio-Cortez (dari New York) dan Ayanna Pressley (dari Massachusetts) tergolong dalam kelompok progresivis atau haluan kiri Parti Demokrat yang berpengaruh kuat dalam Kongres dijolok sebagai "The Squad".[5]