Sejarah Rasyid

Bandar Rasyid dihuni sepanjang sejarah Mesir Purba bernama Khito ("penduduk") di bawah pemerintahan firaun Menes. Pada era Ptolemaious pula, kota ini diganti namanya menjadi Bolbitine (juga Bolbitinum atau Bolbitinon, salah satu dari tujuh cabang Sungai Nil zaman Herodotus ).[1]

Kota ini menjadi kawasan pertahanan utama bani Umayyah sehingga tahun 749 dengan berlakunya Pemberontakan Bashmur. [2] Pada tahun 850-an, khalifah Abbasiyah memerintahkan sebuah kubu dibina di tapak kota ini , dan kota abad pertengahan tumbuh di sekitar kubu ini. Semasa Perang Salib Ketujuh, Louis IX dari Perancis secara ringkas menduduki bandar ini pada tahun 1249.[3]

Kekuasaan kota ini di bawah kerajaan Mamluk menyaksikan kota ini menjadi pusat komersial yang penting malah berterusan sepanjang pemerintahan Uthmaniyah hingga kebangkitan kembali pentingnya Iskandariah setelah pembinaan terusan Mahmudiyah pada tahun 1820.