Ciri Rayon

Mutu

Rayon didapati sangat versatil dengan kebolehan meniru ciri-ciri tekstur seakan gentian semulajadi lain yang disebut, namun masih mengelepot seakan nilon.

Fabrik-fabrik rayon lembut dan mampu menyerap cecair sehingga menyejukkan hasil penyejatan. Maka, kain jenis rayon bersesuaian dipakai dalam kawasan beriklim panas dan lembap.[7]

Daya penguraian

Rayon didapati mudah terurai berbanding kapas dan asetat lagi-lagi dalam persekitaran bertanah, air tawar dan air laut.[8] Namun, tahap penguraian rayon mengurang dengan ketaranya apabila mempunyai tahap kekalisan air lebih tinggi;[9] suatu kajian pelautan mendapati sebanyak 56.9% daripada keseluruhan gentian yang dijumpai dalam kawasan lautan dalam datang daripada gentian rayon manakala selebihnya gentian-gentian poliester, poliamida, asetat dan akrilik.[10]