Regolitos (
Yunani: "batuan selimut") ialah lapisan bahan longgar, heterogeneous menyeliputi
batuan pejal. Regolitos hadir pada
Bumi,
bulan, sesetengah
asteroid, dan lain-lain
planet. Asal regolitos pada
Bumi adalah disebabkan
luluhawa dan
proses biologi; dan ia mengandungi sejumlah sebatian biologi yang pada kebiasaannya dinamakan
tanah. Dalam jasad tanpa
atmosfera, regolitos dihasilkan oleh pengaggregatan semula puing hasil daripada hentaman dengan jasad-jasad lain. Pada Bumi, kehadiran regolitos adalah salah satu faktor penting untuk kebanyakan
hidupan, oleh sebab kebanyakan
tumbuhan tidak dapat tumbuh atas atau dalam batuan pejal, dan
haiwan tidak dapat membuat lubang atau membina tempat tinggal tanpa bahan yang longgar ini.Pada Bulan, regolitos dihasilkan daripada tindakan mikro-meteroid yang menghancurkan batuan pada permukaan menjadi serbuk. Serbuk ini lebih memantul berbanding dengan basalt yang membentuk
lunar maria, maka akan kelihatan lebih terang apabila diperhatikan dari Bumi. Semasa peringkat awal Program pendaratan ke Bulan, terdapat bimbangan bahawa regolitos tidak dapat menampung berat modul lunar dan modul kemungkinan akan tenggelam di bawah permukaan.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.