Reichssicherheitsdienst
Reichssicherheitsdienst

Reichssicherheitsdienst

Reichssicherheitsdienst (RSD, terjemahan harfiah: "Perkhidmatan keselamatan Reich") adalah sebuah pasukan keselamatan SS Nazi Jerman. Pada asalnya, pengawal peribadi kepada Adolf Hitler, kemudian menyediakan anggota untuk melindungi pemimpin-pemimpin berpangkat tinggi Nazi yang lain. Kumpulan itu, walaupun sama nama, berlainan sama sekali daripada Sicherheitsdienst (SD) yang merupakan perkhidmatan perisikan rasmi bagi SS, Parti Nazi dan kemudiannya Nazi Jerman.Peranannya juga termasuklah menjaga keselamatan peribadi, menyiasat plot pembunuhan, pengawasan lokasi sebelum kedatangan orang kenamaan Nazi dan memeriksa bangunan serta tetamu. RSD mempunyai kuasa untuk meminta bantuan daripada mana-mana organisasi SS lain dan mengambil alih semua peranan Ordnungspolizei (pasukan polis) dalam melindungi pegawai-pegawai Nazi.

Reichssicherheitsdienst

Di bawah bidang kuasa Jerman
Taklukan Eropah
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk Schutzstaffel
Agensi-agensi terdahulu
Ibu pejabat Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Eksekutif Pasukan Keselamatan
Dibentuk 1933
Dibubarkan 8 Mei 1945
Jenis Pasukan Keselamatan