Ordnungspolizei
Ordnungspolizei

Ordnungspolizei

Ordnungspolizei atau Orpo (Bahasa Inggeris: Order Police) (Bahasa Melayu: Polis Tetap) ialah pasukan polis beruniform di Jerman Nazi antara tahun 1936 dan 1945.[2] Organisasi Orpo telah diserap kedalam penguasaan Nazi selepas bidang kuasa polis serantau dikeluarkan bagi menyokong kerajaan pusat Nazi (Verreichlichung polis). Ia berkhidmat dibawah SS sehingga akhir Perang Dunia II.[2] Oleh kerana pakaian seragam mereka berwarna hijau, Orpo juga dikenali sebagai Grüne Polizei (polis hijau). Pasukan tersebut pada awalnya ditubuhkan sebagai pertubuhan berpusat yang menyatukan polis beruniform kawasan bandar, bandaraya, dan pedalaman yang telah diatur mengikut negeri.[2]Ordnungspolizei memegang hampir kesemua penguatkuasa undang-undang Reich Ketiga dan organisasi tindakbalas kecemasan, termasuk bomba, pengawal pantai, pertahanan awam, dan juga peronda malam. Dikerah bersama-sama tentera darat Wehrmacht dalam Penjajahan Poland pada tahun 1939,[3] ia bertugas mengugut penduduk-penduduk awam negara yang dijajah dan ditakluki bermula pada musim bunga 1940.[3][4]

Ordnungspolizei

Eksekutif Polis Negara
Agensi yang mengambil alih
Di bawah bidang kuasa Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich)
Ibu pejabat Hauptamt Ordungspolizei, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Dibentuk 26 Jun 1936
Kakitangan 401,300 (1944)[1]
Jenis Polis Negara