Reki_Kawahara

Reki Kawahara (川原 礫, Kawahara Reki, dilahirkan pada 17 Ogos 1974) merupakan novelis ringan Jepun yang telah diterbitkan siri novel ringan terkenal iaitu Sword Art Online dan Accel World juga diadaptasi menjadi anime. Reki Kawahara menulis jilid pertama pada tahun 2001 menyertai sebuah pertandingan ASCII Media Works Dengeki Game Novel Prize (電撃ゲーム小説大賞, Dengeki Game Shōsetsu Taishō), tetapi menarik diri kerana beliau telah menulis melebihi beberapa halaman. Malah, beliau diterbitkan sebuah novel web dengan nama samaran Fumio Kunori, menambah tiga episod lagi dan beberapa cerita pendek.[3] Pada tahun 2008, beliau menyertai sebuah pertandingan dengan menulis sebuah tajuk Accel World dan berjaya memenangi Grand Prize. Selain Accel World, ia meminta untuk mendapatkan karya sebelumnyanya, Sword Art Online yang diterbitkan oleh ASCII Media Works. Kawahara setuju dan menarik versi baru webnya. Bekerja dengan ilustrator abec, jilid pertama diterbitkan di media cetak pada 10 April 2009,[4] sehingga kini sebanyak 19 buah jilid telah diterbitkan pada 10 Februari 2017.[5] Sword Art Online telah menerima kejayaan komersial yang meluas, lebih 19 juta salinan dijual di seluruh dunia. [6]