Rempuhan
Rempuhan

Rempuhan

Rempuhan (/stæmˈpiːd/)[1] ialah situasi di mana sekumpulan haiwan besar tiba-tiba mula berlari ke arah yang sama, terutamanya kerana mereka teruja atau ketakutan. Ia juga mungkin merujuk kepada situasi di mana ramai orang cuba melakukan perkara yang sama pada masa yang sama. Spesies bukan manusia yang dikaitkan dengan tingkah laku rempuhan termasuk zebra, lembu, gajah, rusa kutub, biri- biri, babi, kambing, seladang biru, walrus,[2] kuda liar, dan badak sumbu.Sesetengah sumber media merujuk kepada situasi di mana orang cedera atau meninggal dunia akibat mampatan dalam orang ramai yang sangat padat sebagai "rempuhan", tetapi ini ialah salah nama; istilah yang lebih sesuai ialah rempuhan manusia.