Sejarah Renium

Pada 1908, saintis Jepun, Masataka Ogawa mendakwa bahawa beliau telah menemui unsur ke-43 (kini teknetium) dan menamakannya sebagai nipponium (daripada perkataan 日本, Nihon, Jepun) dengan simbol kimia Np. Namun begitu, hasil kajian pada masa kini mendapat tahu bahawa Ogawa sebenarnya menemui renium, unsur ke-75 dan bukannya unsur ke-43 yang disangkanya.[2]

Renium secara umumnya dipercayai ditemui oleh Walter Noddack, Ida Noddack, and Otto Berg di Jerman pada 1925.[1]