Rennes-le-Château ialah salah satu dari
komun yang terdapat dalam wilayah
Jabatan Aude dan terletak di selatan
Perancis.Rennes-le-Chateau adalah sebuah desa kecil di kawasan berbukit dan terkenal di peringkat antarabangsa. Terletak 1500 kaki di atas bukit di dua desa berkembar Couiza dan Montazels, tempat ini merupakan kawasan penuh sejarah yang mempunyai hubungan dengan Celt, Rom, Visigoth, Merovingian, Cathars dan sudah pasti Knight Templar. Kedudukannya yang berdekatan dengan Laut Mediterranean pernah menjadikan ia sebagai 'Laluan Sutera' para pedagang, tentera, rahib-rahib dan pengembara, tidak hairanlah tempat ini penuh kesan-kesan sejarah serta menerima beribu-ribu pelawat setiap tahun. Dikatakan bahawa disinilah tempat yang menjadi pusat kepada pelbagai teori konspirasi dunia.Desa ini adalah jantung kepada sejarah penubuhan
Knight Templar dan kaum Cathar. Disini jugalah lokasi yang dikatakan tertanamnya khazanah yang ditemui oleh seorang
paderi pada abad ke-19 yang bernama
Francois Brenger Sauniere ketika sedang mengubahsuai Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena) yang didakwa oleh banyak pengkaji sebagai khazanah-khazanah dari kota suci
Jerusalem yang mana sebelumnya telah digali oleh sembilan orang perintis Knight Templar terawal yang tak ternilai harganya dan dipercayai telah dipindahkan ke Rennes-le-Château oleh Knight Templar ketika
Perang Salib. Legenda itu mengatakan lagi, kesatria Knight Templar itu menyembunyikan khazanah atau harta karun itu disini selepas hukuman ke atas
De Molay, pemimpin tertinggi atau
Grand Master ke 23 mereka yang dibakar hidup-hidup atas arahan Raja Perancis.Walaupun lagenda ini bersifat khabar angin dan tidak dapat disahkan dengan tepat serta selalu dipertikaikan oleh ramai orang terutamanya penganut yang beriman kepada ajaran
Kristian seperti Katolik kerana kewujudan pelbagai teori yang bercanggah dengan kitab
Bible seperti kisah kontroversi Maria Magdelena, namun dipercayai apa yang ditemui oleh paderi Francois Brenger Sauniere di Rennes-le-Château ialah
beberapa perhiasan Baitulmaqdis,
harta karun peninggalan King Solomon (Nabi Sulaiman) seperti cincin hikmah milik baginda,
Ark of Covenant (
Tabut As-Sakinah iaitu peti milik
Nabi Musa yang antara lain didalamnya dipercayai terdapat
Taurat, Tongkat sakti Nabi Musa dan beberapa peninggalan milik
Nabi Harun) dan mungkin juga
Holy Grail (cawan suci yang ajaib milik Nabi Isa) atau teori terkenal di Rennes-le-Château ini yang mengatakan bahwa
Holy Grail itu sebenarnya ialah keturunan dari zuriat
Nabi Isa atau
Jesus melalui perkahwinannya dengan
Maria Magdelena seperti yang dipopularkan oleh
Dan Brown melalui novel 'best-selling'nya iaitu
The Da Vinci Code.) Terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan oleh knight Templar di Jerusalem telah menemui beberapa manuskrip-manuskrip rahsia. Tidak ketingglan pendapat yang mengatakan turut ditemui ialah kitab-kitab sihir lama milik orang
yahudi yang memuja syaitan-syaitan yang mana ketika zaman pemerintahan
Nabi Sulaiman telah diharamkan dan dirampas lalu disembunyikan oleh baginda di bawah dasar Jerusalem sebelum dikorek dan dibawa keluar serta diamalkan kepercayaan mistik tersebut oleh para kesatria Knight Templar seperti melakukan ritual sihir dengan menyembah
Baphomet dan mengamalkan sodomy (
liwat), hingga menjadi antara peyebab mereka menjadi tersangat kaya raya hingga mampu membina sistem
perbankan sendiri, memperkenalkan sistem
cek, mempopularkan sistem
kewangan yang berteraskan riba' lalu mencipta sistem
kapitalis moden yang pertama, bermaharalela dan berbuat sesuka hati di
Eropah sehingga dapat menggugut raja-raja Eropah yang berhutang dengan mereka, tidak lagi mengamalkan ajaran kristian walau mengaku sebagai
tentera salib sehinggalah akhirnya menjadi penyebab kepada pengharaman knight Templar itu sendiri.Hari ini, Rennes-le-Château tetap tinggal sebagai tempat yang
misteri di Perancis. Tiada siapa yang mampu menduga dengan tepat apa yang ditemui oleh Francois Brenger Sauniere sehingga mampu mengubah lanskap Rennes-le-Château sebagai tempat misteri kerana paderi yang berumur 33 tahun ketika menemui khzanah atau mungkin juga hanya manuskrip yang memimpin kepada harta penting yang terpendam itu telah membawa apa yang ditemuinya ke Paris pada Januari 1893, di mana ia telah menualnya di sana kepada pihak yang tidak diketahui lagi misteri hingga menyebabkan dia juga menjadi kaya raya tetapi malang kerana ada pendapat yang mengatakan dia terpaksa dibunuh bagi mengelakkan rahsia penemuannya terbongkar lalu kekallah rahsia penemuannya itu sebagai rahsia dan terus misteri hingga ke hari ini. Antara tempat menarik di Rennes-le-Château ialah Menara
Tour Magdala yang dibina oleh Francois Brenger Sauniere sebagai
perpustakaan kepada pastor berkenaan dan ia masih elok terpelihara dan masih boleh dilihat hingga ke hari ini selain Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena)sendiri yang dihias dengan beberapa perkara yang misteri dan kadang-kadang mengerikan oleh
Pastor berkenaan.