Revolusi_Bunga_Teluki

Revolusi Bunga Teluki (Bahasa Portugis: Revolução dos Cravos merupakan suatu kudeta pimpinan kelompok tentera berhaluan kiri yang berlangsung di Lisbon, Portugal pada 25 April 1974 (oleh itu turut digelar 25 de Abril, Portugis: vinte e cinco de Abril) lalu menyebabkan penggulingan pemerintahan Estado Novo di negara tersebut,[1] seterusnya membawa kepada tindakan kuasa Portugis menarik diri daripada jajahan-jajahannya di benua Afrika. Nama revolusi ini merujuk kepada pemberian bunga teluki kepada para tentera sebagai tanda keamanan kerana revolusi yang langsung tidak menumpahkan setitis darahpun.[2][3][4]Peristiwa ini diperingati dan diraikan setiap tahun di Portugal dengan nama "Hari Kebebasan" pada 25 April, yang merupakan cuti umum di negara tersebut.