1956 Revolusi_Mesir_1952

Presiden Nasser mengumumkan Perlembagaan Mesir yang baru pada 16 Januari. Antaranya presiden mempunyai kuasa bagi melantik dan memecat menteri-menteri. Wanita dibenarkan mengundi kali pertama dalam sejarah Mesir. Nasser dipilih sebagai presiden Republik Mesir pada 23 Jun. Pada 1957, Nasser mengumumkan pembentukan National Union (Al-Ittihad Al-Qawmi), membuka jalan untuk pilihan raya-pilihan raya Julai untuk National Assembly, parlimen pertama semenjak 1952.