Revolusi Revolusi_Mesir_1952

Pada pagi Rabu, 23 Julai 1952, rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir, dilakukan oleh Pegawai Pembebasan diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib, tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser.

Pada 7:30 am, siaran stesen televisyen memberitahu tentang revolusi pimpinan Jeneral Naguib .Berita revolusi itu dibacakan oleh Anwar Sadat yang kemudian menjadi Presiden Mesir :

Revolusi ini dilakukan kerana banyaknya sogokan, kerosakan, dan ketidakstabilan kerajaan. Kesemua ini adalah faktor-faktor itu mempengaruhi pihak tentera Mesir. Amalan rasuah menyebabkan kita kalah dalam Perang Palestin [1948]. Para pembelot wujud di kalangan pegawai tertinggi tentera. Kini tentera tidak lagi dapat diharapkan untuk mempertahankan Mesir.Rakyat Mesir jangan membenarkan pembelot ini memerintah negara Mesir.

Raja Farouk cuba mendapatkan bantuan dari Amerika Syarikat tetapi gagal. Batalion tentera ke-25 menduduki Alexandria, di mana raja berada di Istana Montaza. Raja Farouk pindah ke Istana Ras Al-Teen di pantai. Naguib mengarahkan kapten perahu layar "al-Mahrusa" milik Raja Farouk supaya tidak belayar atas perintah tentera. Anternatif ialah Raj Ahmed Fouad dilantik dan Raja Farouk dibuang negeri pada hari Sabtu, 26 Julai 1952 . Pada 6 jam petang, Raja Farouk belayar ke utara menuju pantai Itali dengan iringan tentera Mesir. Pada 28 Julai 1952, Muhammad Naguib menjadi Presiden Mesir pertama menandakan sejarah pentadbiran moden Mesir.