Rhinoplax

Buceros vigil Forster, 1781Enggang tebang mentua (Rhinoplax vigil) atau enggang gading ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo, Thailand, dan Myanmar. Culanya menyumbang kira-kira 11% daripada beratnya yang berjumlah 3 kg. Tidak seperti enggang lain, culanya hampir pepejal, dan digunakan dalam pertempuran kepala-kepala dalam kalangan jantan.[3] Adalah menjadi kepercayaan dalam kalangan Punan Bah bahawa seekor enggang tebang mentua besar menjaga sungai antara hidup dan mati.[4]