Ribut_(filem)

Ribut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1956. Menariknya, filem hasil arahan K. M. Basker ini dikeluarkan dalam bentuk warna atau Gevaert Color.[1] Filem ini merupakan filem pertama keluaran Malay Film Productions Ltd. (MFP) yang tersedia dalam bentuk filem berwarna dan yang kedua selepas filem Buloh Perindu hasil terbitan Cathay-Keris Film.[2]