Klasifikasi Rig_Veda

Rig Veda telah didedahkan oleh Veda Vyasa kepada pengikutnya, Paila. Apabila Paila menurunkan Veda ini kepada pengikut-pengikutnya, suatu penyesuaian perlu dilakukan untuk mengikut kesesuaian dan kegunaan sesuatu mantera. Bentuk-bentuk penyusunan semula ini dikenali sebagai Sakha atau cabang-cabang.

Terdapat 21 Sakha dalam Rig Veda. Namun, hanya lima yang masih wujud kini iaitu Sakala, Baskala, Asvalayana, Sankhayana dan Mandukeya. Lima Sakha ini seterusnya bercabang dengan proses yang sama. Menurut Vishnu Purana, Rishi Sakala telah mencipta lima lagi Sakha dan memberikannya kepada lima orang pengikutnya - Mudgala, Galava, Vatsya, Saliya dan Saisiriya.[3]

Antara Brahmana Rig Veda yang masih wujud ialah:

  • Aitareya Brahmana
  • Kausitaki Brahmana

Terdapat dua Aranyaka Rig Veda iaitu:

  • Aitareya Aranyaka
  • Sankhayana atau Kausitaki Aranyaka

Upanishad dalam Veda ini ialah Aitareya Upanishad.