Ulasan-Ulasan Rig_Veda

Penulis-Penulis Hindu

Bahasa Sanskrit dalam Veda, khususnya Rig Veda adalah amat kuno dan penuh misteri. Tanpa bantuan ulasan-ulasan lama adalah mustahil untuk memahami maksudnya. Nighantu (sebuah kamus Veda yang amat purba) dan ulasannya, Nirukta oleh Yaska (800 S.M) adalah antara sumber-sumber interpretasi awal bagi konsep-konsep dan nama-nama dalam Veda.[4]

Ulasan awal Rig Veda yang masih wujud ialah ulasan Skanda Swami (kira-kira 630 Masihi). Beliau berasal dari negeri Valabhi. Pengikutnya, Hari Swami telah menulis ulasan Satapatha Brahmana dalam Sukla Yajur Veda. Ulasan Skanda Swami yang masih wujud adalah tidak sempurna. [5]

Ulasan Rig Veda yang penuh adalah oleh Venkata Madhava (kurun ke-11 Masihi) dari Kausika Gotra. Ulasan pendek ini telah dicetak.

Madhvacharya (1238-1317 Masihi) telah menulis suatu ulasan bagi empat puluh Sukta awal. Ulasan ini amnya dikenali sebagai Rg Bhasya. Jaya Tirtha (kurun ke-14 Masihi) telah menulis Sambandha Dipika, suatu penjelasan untuk Rg Bhasya ini. Dengan ulasannya, Madhvacharya cuba membuktikan bahawa seluruh Veda mengajar tentang Narayana.[6]

Seorang pelajar Veda

Pengulas Rig Veda yang paling hebat ialah Sayanacharya (1315-1387 Masihi). Sayanacharya juga telah menulis ulasan untuk semua Veda. Sayanacharya berasal dari Bharadvaja Gotra dan Vidyaranya (pengasas kerajaan Vijayanagara yang terkenal) adalah abangnya dan Bhoganatha, seorang cendikiawan terkenal adalah adiknya. Bagi memahami Veda dengan betul adalah penting untuk mempelajari enam Vedanga dan juga sistem Purva Mimamsa berdasarkan Sutra-Sutra Jaimini (serta ulasan Sabara Swamin). Selain itu, adalah juga penting untuk seseorang membesar dalam sesuatu Sampradaya (tradisi purba dan berterusan yang diturunkan dari generasi ke generasi). Sayana mempunyai kedua-dua kelebihan ini. Maka, ulasannya hendaklah dianggap sebagai autoriti paling unggul.[7]

Penulis-penulis Eropah

Selain itu, terdapat beberapa orang cendikiawan Eropah yang telah menyumbangkan kepada pembelajaran Veda dalam kurun ke-18 dan ke-19, seperti Bloomfield (1855-1928), Grassman (1809-1877), Kaegi (1849-1925), Keith (1879-1944), Ludwig (1832-1912), Max Muller (1823-1900), Macdonell (1854-1930), Muir (1810-1882), dan Wilson (1786-1860). Karya Max Muller iaitu terjemahan penuh Rig Veda dengan Ulasan Sayanacharya dalam 6 jilid yang diterbitkan dalam tempoh 1849-1873 adalah suatu sumbangan yang amat berharga. Karya-karya Bloomfield, Wilson, dan Macdonell juga amat berguna untuk pelajar-pelajar Veda.

Namun begitu, perlu diingati bahawa kesimpulan yang dibuat oleh para cendikiawan Eropah, sering tidak tepat kerana mereka tidak ada pendedahan tradisi Hindu yang dikenali sebagai Sampradaya, yang diturunkan secara turun-temurun, daripada guru kepada pelajar. Tambahan lagi, terdapat keraguan yang munasabah bahawa cendikiawan-cendikiawan Eropah telah didorong oleh motif untuk membuktikan keagungan agama Kristian dan bukannya dengan niat suci untuk mempelajari, memahami dan menterjemahkan Veda-Veda.[8]