Rigoberta_Menchú
Rigoberta_Menchú

Rigoberta_Menchú

Rigoberta Menchú Tum (Sebutan Sepanyol: [riɣoˈβeɾta menˈtʃu]; lahir 9 Januari 1959) ialah aktivis politik dan hak asasi K'iche dari Guatemala. Menchú telah mendedikasikan hidupnya untuk mempublikasikan hak-hak kaum feminis asal Guatemala semasa dan selepas Perang Saudara Guatemala (1960-1996), dan untuk mempromosikan hak-hak pribumi di negara ini.[1][2]Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1992 dan Anugerah Putera Asturias pada tahun 1998. Beliau ialah subjek dari biografi testimoni I, Rigoberta Menchú (1983) dan penulis karya autobiografi, Crossing Borders. Menchú merupakan Duta Muhibah UNESCO. Beliau juga telah menjadi tokoh dalam parti politik pribumi dan bertanding untuk Presiden Guatemala pada tahun 2007 dan 2011.[3][4][5]